Monday, October 15, 2012

MAKLUMAN LATIHAN DAN MESYUARAT PERSIAPAN SUKAN PEKDIS

Berikut dimaklumkan latihan pasukan Bola Jaring akan diadakan pada ketentuan berikut:


Tarikh             :           16 Oktober 2012
Hari                 :           Selasa
Masa               :           2.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat            :           Gelanggang Bola Jaring
Sekolah Agama Menengah Tinggi
Kuala Kubu Bharu


Berkenaan mesyuarat persiapan Sukan PEKDIS akan diadakan seperti berikut:


Tarikh             :           17 Oktober 2012
Hari                 :           Rabu
Masa               :           2.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat            :           Bilik Mesyurat PPD Hulu Selangor


Sila muat turun surat pada pautan berikut:

Friday, October 12, 2012

PERUBAHAN TARIKH BENGKEL PENGURUSAN KEJURULATIHAN AKTIVITI KO-KURIKULUM GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2012


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, merujuk surat kami : JPNS.UOD 100-2/2/9 ( ) bertarikh 10 September 2012 bersamaan 23 Syawal 1433H adalah dibatalkan.

2. Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan Bengkel Pengurusan Kejurulatihan Aktiviti Ko-Kurikulum Guru Pendidikan Islam tahun 2012. Sila muat turun Surat pada pautan di bawah.

3. Sehubungan itu, sektor ini memohon kerjasama tuan untuk memastikan pegawai dibawah tanggungjawab tuan (narna seperti lampiran) untuk hadir dan mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya. Butiran baru bengkel adalah seperti ketetapan berikut:

................................Tarikh : 18 Oktober 2011 (Khamis)
................................Tempat : New Vision Sports, Lot 35062, Jalan Sungai Putus,
...............................................Off Jalan Haji Sirat,
...............................................Mukim Kapar, Klang. 

................................GPS Coordinates : E:101' 25' 12.9" N: 3' 4' 35.0"
..............................................................016-3965570 / 012-9439056 
................................Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang

4. Sekiranya pihak tuan memerlukan makiumat Ianjut sila hubungi Ustaz Abduliah bin Hj. Ramli, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Kepimpinan di talian 03-5513 4268 / 019-2184910.

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

1. Surat

Wednesday, October 10, 2012

PERUBAHAN JADUAL LATIHAN FUTSAL DAN BADMINTON


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Futsal dan Badminton sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 18 Oktober 2012.

Latihan berkenaan akan dijalankan sebelum ini telah berubah kepada11hb dan 16hb Oktober 2012 seperti Jadual pada Lampiran pada pautan di bawah.

Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti surat lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.

Tuesday, October 2, 2012

PERUBAHAN TARIKH LATIHAN PUSAT KEJOHANAN BOLA JARING PEKDIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Bola Jaring sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 13 Oktober 2012.

Latihan berkenaan akan dijalankan sebelum ini telah berubah kepada 4hb, 6hb, 11hb dan 12hb Oktober 2012 seperti Jadual pada Lampiran pada pautan di bawah.

Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.


Tuesday, September 25, 2012

BENGKEL PENGURUSAN KEJURULATIIHAN AKTIVITI KO-KURIKULUM GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2012



  • Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan Bengkel Pengurusan Kejurulatihan Aktiviti Ko-Kurikulum Guru Pendidikan Islam tahun 2012.
  • Sehubungan itu, sektor ini memohon kerjasama tuan untuk memastikan pegawai dibawah tanggungjawab tuan (nama seperti lampiran) untuk hadir dan mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya. Butiran bengkel adalah seperti ketetapan berikut:
..............................................Tarikh........: 13 Oktober 2011 (Sabtu)
..............................................Tempat..... : New Vision Sports, Lot 35062, Jalan Sungai Putus,
..................................................................Off Jalan Haji Sirat, Mukim Kapar, Klang.
..................................................................GPS Coordinates : E:101' 25' 12.9" N: 3' 4' 35.0"
..................................................................016-3965570 / 012-9439056
...............................................Masa... : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

  • Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Abdullah bin Hj. Ramli, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Kepimpinan di talian 03-5513 4268 / 019-2184910.
  • Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pautan


Monday, September 24, 2012

PERUBAHAN WAKTU LATIHAN PASUKAN FUTSAL DAN BADMINTON PEKDIS HULU SELANGOR


Berikut di maklumkan Perubahan waktu latihan terkini bagi pasukan futsal dan badminton PEKDIS Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut: 

sila muat turun surat dan lampiran untuk simpanan fail ...

Sunday, September 23, 2012

LATIHAN PUSAT KEJOHANAN FUTSAL, BOLA JARING DAN BADMINTON PEKDIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Futsal, Bola Jaring dan Badminton sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 13 Oktober 2012.

3. Latihan berkenaan akan dijalankan sebanyak 4 kali bermula pada 26hb, 29hb September 2012 dan 3hb dan 6hb Oktober 2012 seperti Jadual pada Pautan Lampiran.

4. Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.

PAUTAN SURAT DAN LAMPIRAN

1. Surat siaran.
2. Lampiran Jadual Bola Jaring
3. Lampiran Jadual Futsal dan Badminton



Thursday, September 20, 2012

LATIHAN PUSAT BAGI PERSIAPAN SUKAN PEKDIS PERINGKAT NEGERI 2012



Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Futsal, Bola Jaring dan Badminton sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 13 Oktober 2012, sebagaimana butiran yang berikut :

Tarikh                                      :           22 September 2012 (Sabtu)
Masa pendaftaran                   :           8.30 pagi
            Tempat                                    :           Bola Futsal
Gelanggang kaki Futsal, Rasa
Tempat                                    :           Badminton
SJK C Khing Ming, KKB
            Tempat                                    :           Bola Jaring
Gelanggang Majlis Daerah Kuala Kubu Bharu

3.         Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti pautan lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

Tahniah, kepada yang terpilih, kepada yang tidak terpilih teruskan perjuangan anda. Semoga apa yang diusahakan akan diberikan keberkatan.


Thursday, September 6, 2012

SURAT PELEPASAN KEJOHANAN PEKDIS 2012


Kepada Guru Pendidikan Islam yang telah menerima tawaran penyertaan, berikut adalah surat pelepasan tugas bagi menyertai terkini bagi Kejohanan PEKDIS 2012 yang boleh dimuat turun, sekiranya nama tidak tertera sila ajukan SEGERA kepada Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor.

Monday, September 3, 2012

PERTANDINGAN PIALA PEKDIS HULU SELANGOR



SATU PERTANDINGAN PIALA PEKDIS KEPADA SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM 
DAERAH HULU SELANGOR SAHAJA

PADA SABTU BERSAMAAN  8 SEPTEMBER 2012
9.00 PAGI

SILA PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK PERTANDINGAN

BADMINTON DAN FUTSAL 
DI GELANGGANG FUTSAL ELITE TANJUNG MALIM , PERAK
MASUK SIMPANG TEPI BALAI POLIS TANJUNG MALIM

BOLA JARING DI GELANGGANG MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
BERSEBELAHAN PERPUSTAKAAN AWAM

KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI URUS SETIA PERTANDINGAN DIBAWAH.







Sunday, April 15, 2012

BENGKEL PENGURUSAN KO-AKADEMIK (DAKWAH) PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR 2012/1433H

Sukacita dimaklumkan bahawa Bidang Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor akan mengadakan Bengkel Pengurusan Ko-Akademik (Dakwah) bersama PPD dan Guru Pendidikan Islam negeri Selangor 2012/1433H.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon pihak tuan memberi perlepasan kepada guru berkenaan bagi mengikuti bengkel berkenaan seperti ketentuan berikut:

Tarikh                :           19 April 2012/ 27 Jamadilawl 1433H
Hari                   :            Khamis
Masa                 :           8.30 pagi hingga 4.30 petang.
            Tempat             :           Dewan Utama, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Saberi bin Yusof, Penyelia Kanan Pendidikan Islam  melalui talian 03-6065 1102.

Sila muat turun  surat berkenaan pada pautan berikut:





Wednesday, February 22, 2012

KEAHLIAN DAN BAYARAN YURAN PEKDIS 2012


Assalamualaikum w.b.t.

Berikut dimaklumkan jawatan kuasa PEKDIS Selangor cawangan Hulu Selangor sedang mengemaskini data keahlian dan bayaran Yuran tahunan keahlian.

Friday, February 3, 2012

USUL MESYUARAT AGUNG PEKDIS 2012

Assalamualaikum, w.b.t,

Berikut dimaklumkan Mesyuarat Agung PEKDIS akan berlangsung pada ketetapan berikut:


Thursday, February 2, 2012

BENGKEL SIMULASI PENYEMBELIHAN TAHUN 2012 SIRI KE-TIGA.


Sesiapa yang membaca petikan ini, sila sampaikan kepada ahli PEKDIS yang lain di sekolah anda...

Tarikh         : 11 Februari 2012 (Sabtu)
Masa          : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat       : Asrama Damai, RumahAnak-Anak Yatim Kuang.
Yuran     : RM20.00 dikenakan sebagai sumbangan bagi membeli ayam untuk disembelih oleh peserta manakala dagingnya dijadikan hidangan makan tengahari dan disedekahkan kepada penghuni rumah anak-anak yatim(Asrama Damai).

TENTATIF PROGRAM
Tarikh                            : 11 Februari 2012 (Sabtu)
Masa & Tempat               : 8.00 pagi di Asrama Damai, Kuang.
Aturcara program;
8.00 pagi                      :
Kehadiran dan pendaftran peserta

Sarapan pagi
9.30 pagi                      :
Taklimat Sembelihan dan Simulasi Menyembelih Lembu, kambing dan ayam.

Ustaz Suhaimi bin Jajuli
10.00 pagi                    :

  Ceramah Halalan ToyyibanUstaz Salihen bin Maryakon,Pegawai JAIS.
11.30 tengahari          :
  Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Penyertaan - Ucapan perasmian penutupan

Ustaz Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari,
Ketua Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pelajaran Selangor.

-  Penyampaian sijil
- Penyampaian cenderamata

12.00 tengahari           :
Makan tengahari
Bersurai.

Sila Isi borang sebelum atau pada 7hb Februari bagi mendapatkan Surat Pelepasan Tugas pada hari tersebut.


Segala pertanyaan sila ajukan kepada Ustaz Samsudin di talian 012-626 4838.

Online Form powered by

Friday, October 14, 2011

KEHADIRAN WACANA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH HULU SELANGOR 2011

Berikut adalah rujukan pautan kehadiran Guru Pendidikan Islam yang mengikuti Program Wacana Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor.
Tarikh : 1 Oktober 2011 (sabtu)
Tempat : Auditotium Darul Quran
Jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

1. KEHADIRAN WACANA GPI SEKOLAH MENENGAH

2. KEHADIRAN WACANA GPI SEKOLAH RENDAH

Sunday, October 2, 2011

Wacana Ilmu Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor

1 Oktober 2011 bersamaan 3 Zulkaedah 1432 H, bertempat di Auditorium Darul Quran, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan khas antara Ketua Sektor Pendidikan Islam bersama pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor dengan semua Guru Pendidikan Islam (GPI) di daerah Hulu Selangor.

Seramai 253 orang guru Pendidikan Islam menghadiri program tersebut. Perjumpaan ini menjadi satu forum bagi GPI untuk berbincang hal yang bersangkutan dengan Pendidikan Islam disamping maklumat-maklumat penting untuk makluman GPI. 

Program dipengerusikan oleh Ustaz Adli Ruzaimee B. Abdul Rahman. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shubki B Mohamad Zaini, kemudian disusuli oleh bacaan al-Quran oleh adik Mohd Safwan Bin Mahli, pelajar semester lima, Darul Quran dan untuk slot pada pagi itu di isi oleh ceramah khas oleh Dr. Mohd Ismail Mustari, Timbalan Pengarah Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia.

Program seterusnya di teruskan dengan ucapan aluan Tn. Hj. Abdul Khalid bin Hj. Jaafar, Pegawai pelajaran Daerah Hulu Selangor dan sebagai ucaptama disampaikan oleh Tn Hj. Mohd. Madzlan bin Mohd Apandi, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan GPI (Menengah)

Program di akhiri dengan sesi dialog dimana salah seorang peserta program, ustazah Marzilah Bt Abdul Malek, GPK Kokurikulum Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu menyuarakan rasa teruja untuk menghadiri program tersebut dan merasakan penting program ini untuk dihadiri oleh semua guru Pendidikan Islam di dalam Daerah Hulu Selangor.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan diharapkan ianya akan memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya kepada Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor.





 

Tuesday, September 20, 2011

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI KO-KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR 2011/1432H

Sukacita dimaklumkan bahawa Bidang Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor akan mengadakan kursus Pengurusan Organisasi Ko-kurikulum Sekolah-sekolah Negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon pihak tuan memberi perlepasan kepada guru berkenaan bagi mengikuti kursus berkenaan seperti ketentuan berikut:

Tarikh              :           22 September 2011/ 24 Syawal 1432H
Hari                 :           Khamis
Masa               :           8.30 pagi hingga 4.30 petang.
            Tempat            :           Dewan Utama, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Saberi bin Yusof, Penyelia Kanan Pendidikan Islam  melalui talian 03-6065 1102.

Sila muat turun  surat berkenaan pada pautan berikut:



JAWATANKUASA PEKDIS DAERAH HULU SELANGOR
JAWATANKUASA YANG DISANDANG
NAMA
JABATAN
Pengerusi
Ustaz Sabri bin Yusof
PPD Hulu Selangor
Naib Pengerusi
SJKT Bukit Beruntung
Setiausaha
SMK Kalumpang
Naib Setiausaha
SMK Kg. Soeharto
Bendahari
Ustaz Samsudin bin Ahmad
PPD Hulu Selangor
Biro Latihan, Sukan & Rekreasi
SK Rasa
Biro Kebajikan & Keraian
SAMT Kuala Kubu Bharu
Biro Penyelidikan, Penerbitan & Dokumentasi
SMK Syed Mashoor
Biro Penyelidikan, Penerbitan & Dokumentasi
SK Serendah
Biro Dakwah, Kepimpinan & Kerohanian
SAM Sungai Selisik
Biro Ekonomi & Pendidikan
SMK Bandar baru Batang Kali
         
Kerjasama pihak tuan amat dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih

Sekian.

Thursday, July 14, 2011

PASUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING DAERAH HULU SELANGOR


Kepada semua warga pendidik Daerah Hulu Selangor, khususnya ahli Persatuan Kegiatan Dakwah Islamiah, doakan kejayaan pasukan yang mewakili Daerah Hulu Selangor. INSYAALLAH usaha yang disertai doa tuan-tuan akan memaksi semangat, demi merangkul kejayaan.

Apapun sokongan dan dorongan yang diberikan, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Kepada pasukan yang menyertai pertandingan yang dianjurkan, sila klik nama untuk muat turun surat jemputan di bawah.

PEMAIN FUTSAL DAERAH HULU SELANGOR

PENGURUS SAMSUDIN BIN AHMAD PPD Hulu Selangor
PEN. PENGURUS MOHD BAKHTIAR BIN MATAL SJK(T) Bkt. Beruntung

1 ROSMIDI BIN MUSTAFFAR SK Hulu Bernam
2 MOHD FAIZAL BIN LEMAN SK Batang Kali
3 MOHD RUSDI BIN MOHD SALLEH SK Sri Keledang
4 MOHD SUFIAN BIN MOKHTAR SMK Bukit Sentosa 2
5 MOHD AZLAN BIN KASSAN SK Taman Bunga Raya 2
6 MOHD. KHAIRI BIN AHMAD SK Sg Selisek
7 MOHAMMAD HISYAM BIN ADNAN SK Tmn. Bunga Raya (2)
8 MOHAMAD SANI BIN SAMURI SMK Serendah
9 MUHAMMAD BIN YUSOFF SMK Syed Mashor


PEMAIN BOLA JARING DAERAH HULU SELANGOR

PENGURUS JULIA BINTI SENIN SK Ulu Yam Bharu
PEN.PENGURUS SITI KHAIRIAH BT KAMARUL ZAMAN SK Kerling

1 ZURINA BT JAINAR SK Ulu Yam Bharu
2 SHAFINAS BINTI JUMARI SK Tmn. Bunga Raya (2)
3 HASLIZA BINTI MOHD SMK Serendah
4 NORSHAHEERA BT MOHAMAD RAIS SK Tmn. Bunga Raya (2)
5 ROSLIZA BT YUSOFF SK Bukit Beruntung
6 FAIZAH BINTI MOHAMMAD SK Bukit Beruntung
7 KHAIRIN BINTI YUSOF SK Ulu Yam Bharu
8 IZURA BINTI MOHAMAD AKHWAN SK Bukit Beruntung 2

Pautan Paparan Blog PEKDIS