Sunday, September 23, 2012

LATIHAN PUSAT KEJOHANAN FUTSAL, BOLA JARING DAN BADMINTON PEKDIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Futsal, Bola Jaring dan Badminton sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 13 Oktober 2012.

3. Latihan berkenaan akan dijalankan sebanyak 4 kali bermula pada 26hb, 29hb September 2012 dan 3hb dan 6hb Oktober 2012 seperti Jadual pada Pautan Lampiran.

4. Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.

PAUTAN SURAT DAN LAMPIRAN

1. Surat siaran.
2. Lampiran Jadual Bola Jaring
3. Lampiran Jadual Futsal dan Badminton



No comments:

Post a Comment

Pautan Paparan Blog PEKDIS