Wednesday, February 22, 2012

KEAHLIAN DAN BAYARAN YURAN PEKDIS 2012


Assalamualaikum w.b.t.

Berikut dimaklumkan jawatan kuasa PEKDIS Selangor cawangan Hulu Selangor sedang mengemaskini data keahlian dan bayaran Yuran tahunan keahlian.

Kepada semua ahli PEKDIS diharap dapat membuat bayaran dan bagi Ustaz dan Ustazah di sekolah yang belum menjadi ahli, silalah menjadi ahli. Keahlian anda sangatlah dialu-alukan kerana keahlian ini tidak terbuka kepada guru dan kakitangan lain.

Sekiranya tuan-tuan puan yang mempunyai opsyen Pendidikan Islam tidak menjadi ahli, ianya akan menjadi punca segala Aktiviti PEKDIS dalam daerah akan menjadi terhad. Apa yang agak mendukacitakan, ianya akan mencerminkan imej PEKDIS daerah yang kurang mantap.

Ahli PEKDIS disekolah diminta melakukan perkara-perkara berikut:

1. Melantik jawatan kuasa PEKDIS sekolah.
2. Setiusaha yang dilantik perlu menyelaras dan mengambil tindakan :
    i.   Mematuhi arahan PEKDIS cawangan Hulu Selangor dan PEKIS Selangor.
    ii.  Menghantar maklumat diri dengan mengisi dan menghantar borang berikut kepada
        Unit Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor. (rujuk pautan dibawah)
    iii. Mengemaskini keahlian PEKIS dan memastikan
........semua Guru Pendidikan Islam menjadi ahli.
    iv. Mempunyai fail keahlian yang sentiasa dikemaskini.
    v.  Memberikan usul-usul bagi cadangan penambahbaikan PEKDIS Selangor.
         (Isi borang online)

3. Bendahari yang dilantik diminta membuat tindakan sebelum atau pada 28 Mac 2012 :
     i. Mengutip bayaran Yuran keahlian PEKDIS
     ii Membuat bayaran kedalam akaun PEKDIS Selangor Bank Islam.
     iii.Menghantar slip asal deposit bayaran dan menyimpan satu salinan dalam fail Bendahari.

Berikut adalah pautan bagi perkara yang perlu dimuat turun:

1. Surat Keahlian PEKDIS
2. Surat maklumat Setiusaha PEKDIS
       (perlu di isi dan dihantar semua)
3. Borang Keahlian / bayaran Yuran Tahunan

No comments:

Post a Comment

Pautan Paparan Blog PEKDIS