Tuesday, September 25, 2012

BENGKEL PENGURUSAN KEJURULATIIHAN AKTIVITI KO-KURIKULUM GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2012



  • Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan Bengkel Pengurusan Kejurulatihan Aktiviti Ko-Kurikulum Guru Pendidikan Islam tahun 2012.
  • Sehubungan itu, sektor ini memohon kerjasama tuan untuk memastikan pegawai dibawah tanggungjawab tuan (nama seperti lampiran) untuk hadir dan mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya. Butiran bengkel adalah seperti ketetapan berikut:
..............................................Tarikh........: 13 Oktober 2011 (Sabtu)
..............................................Tempat..... : New Vision Sports, Lot 35062, Jalan Sungai Putus,
..................................................................Off Jalan Haji Sirat, Mukim Kapar, Klang.
..................................................................GPS Coordinates : E:101' 25' 12.9" N: 3' 4' 35.0"
..................................................................016-3965570 / 012-9439056
...............................................Masa... : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

  • Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Abdullah bin Hj. Ramli, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Kepimpinan di talian 03-5513 4268 / 019-2184910.
  • Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pautan


Monday, September 24, 2012

PERUBAHAN WAKTU LATIHAN PASUKAN FUTSAL DAN BADMINTON PEKDIS HULU SELANGOR


Berikut di maklumkan Perubahan waktu latihan terkini bagi pasukan futsal dan badminton PEKDIS Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut: 

sila muat turun surat dan lampiran untuk simpanan fail ...

Sunday, September 23, 2012

LATIHAN PUSAT KEJOHANAN FUTSAL, BOLA JARING DAN BADMINTON PEKDIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Futsal, Bola Jaring dan Badminton sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 13 Oktober 2012.

3. Latihan berkenaan akan dijalankan sebanyak 4 kali bermula pada 26hb, 29hb September 2012 dan 3hb dan 6hb Oktober 2012 seperti Jadual pada Pautan Lampiran.

4. Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.

PAUTAN SURAT DAN LAMPIRAN

1. Surat siaran.
2. Lampiran Jadual Bola Jaring
3. Lampiran Jadual Futsal dan Badminton



Thursday, September 20, 2012

LATIHAN PUSAT BAGI PERSIAPAN SUKAN PEKDIS PERINGKAT NEGERI 2012



Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Futsal, Bola Jaring dan Badminton sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 13 Oktober 2012, sebagaimana butiran yang berikut :

Tarikh                                      :           22 September 2012 (Sabtu)
Masa pendaftaran                   :           8.30 pagi
            Tempat                                    :           Bola Futsal
Gelanggang kaki Futsal, Rasa
Tempat                                    :           Badminton
SJK C Khing Ming, KKB
            Tempat                                    :           Bola Jaring
Gelanggang Majlis Daerah Kuala Kubu Bharu

3.         Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti pautan lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

Tahniah, kepada yang terpilih, kepada yang tidak terpilih teruskan perjuangan anda. Semoga apa yang diusahakan akan diberikan keberkatan.


Thursday, September 6, 2012

SURAT PELEPASAN KEJOHANAN PEKDIS 2012


Kepada Guru Pendidikan Islam yang telah menerima tawaran penyertaan, berikut adalah surat pelepasan tugas bagi menyertai terkini bagi Kejohanan PEKDIS 2012 yang boleh dimuat turun, sekiranya nama tidak tertera sila ajukan SEGERA kepada Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor.

Monday, September 3, 2012

PERTANDINGAN PIALA PEKDIS HULU SELANGOR



SATU PERTANDINGAN PIALA PEKDIS KEPADA SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM 
DAERAH HULU SELANGOR SAHAJA

PADA SABTU BERSAMAAN  8 SEPTEMBER 2012
9.00 PAGI

SILA PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK PERTANDINGAN

BADMINTON DAN FUTSAL 
DI GELANGGANG FUTSAL ELITE TANJUNG MALIM , PERAK
MASUK SIMPANG TEPI BALAI POLIS TANJUNG MALIM

BOLA JARING DI GELANGGANG MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
BERSEBELAHAN PERPUSTAKAAN AWAM

KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI URUS SETIA PERTANDINGAN DIBAWAH.







Pautan Paparan Blog PEKDIS