Wednesday, December 1, 2010

KERTAS KERJA CADANGAN PENINGKATAN AKTIVITI PEKDIS SELANGOR.


KERTAS KERJA CADANGAN
PENINGKATAN AKTIVITI PEKDIS SELANGOR.




1. Latarbelakang.
            PEKDIS (Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia) Cawangan Selangor telah lama ditubuhkan sebagai cawangan dari badan induknya di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Meskipun telah lama diwujudkan (berdaftar dengan ROS) namun, aktiviti dan kegiatannya agak kurang menonjol.Sehubungan dengan itu, SPI, JPS cuba untuk mengembalikan peranan PEKDIS agar lebih kehadapan dan aktif dlam menjalankan pelbagai aktiviti. Bagaimanapun, ia perlu mendapat kerjasama jitu dari semua guru Pendidikan Islam yang merupakan calon-calon ahli PEKDIS di bawah seliaan dan pengawasan pejabat Pelajaran Daerah..



2. Objektif Umum
2.1         Merapatkan Ukhuwwah Islamiah antara Guru Pendidikan Islam, meningkatkan prestasi perkhidmatan dan profesionalisme Guru Pendidikan Islam serta menjaga kebajikan Guru Pendidikan Islam.
2.2         Menjayakan kerjasama dengan jabadan dan Institusi Pendidikan dan juga dengan badan-badan dakwah dan agensi-agensi lain bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
2.3         Meningkatkan kualiti penguruan Pendidikan Islam dan Dakwah melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua peringkat.
2.4         Mendokong dan mengamalkan prinsip-prinsip falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
2.5         Membantu pelaksanaan aktiviti dakwah dan kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah.
2.6         Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftaran Pertubuhan atau lain-lain agensi yang berkaitan.
2.7         Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kewangan PEKDIS cawangan dengan kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
2.8         Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan  perkhidmatan dan kebajikan kepada semua ahli dari segi pendidikan kerjaya dan kesihatan.

3. Objektif Khusus.
       3.1 Memberikan perkhidmatan dan kebajikan menyeluruh dan segala bidang kepada ahli-ahli (Guru Pendidikan Islam cawangan Selangor)

4. Perisian Program
4.1  Perjumpaan ahli (hari keluarga / ukhuwwah perdana / multaqa   
       / dsb)
4.2  Jualan (buku / sticker / key chain / payung / buku nota dll)
4.3  Kem masa cuti untuk anak-anak ahli (menengah & rendah)
4.4 .Lawatan (ke sekolah-sekolah di negeri / negara lain)
4.5  Karnival sukan
4.6 Sambutan hari kebesaran Islam


5. Kumpulan Sasaran.
5.1  Jawatankuasa PEKDIS Cawangan Selangor
5.2  Ahli PEKDIS Cawangan Selangor


6. Kumpulan Kepakaran.
6.1 JK & AJK pusat dan cawangan serta ahli PEKDIS


7. Tempat dan tarikh.
7.1 Ikut keperluan


8. Perkaedahan dan peralatan / bahan.
            8.1 Ikut prosedur dan keperluan

9. Anggaran perbelanjaan
            9.1 Pendapatan
            9.2 Perbelanjaan

10. Penilaian

11. Tindakan Susulan
            11.1 Mesyuarat post-morterm setiap kali program.

12. Penutup
            Menjadi harapan agar aktiviti PEKDIS akan menjadi lebih mantap dengan adanya cadangan-cadangan dan program-program yang dijalankan oleh PEKDIS daerah-daerah.










PENGUMUMAN PENTING BUAT GURU PENDIDIKAN ISLAM

       Assalamualaikum w.b.t.... Mulai Tahun 2011, Ahli Jawatankuasa PEKDIS Daerah Hulu Selangor akan merancang dan melaksanakan aktiviti dakwah Pendidikan Islam seperti MTQ dan majlis-majlis kebesaran Islam bagi tahun semasa. Sesuai dengan berfungsi sebagai badan dakwah, PEKDIS akan menerajui dan menggunakan peruntukan yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. InsyaAllah polemik yang selama ini menghantui pemikiran warga sekolah yang buntu untuk melaksanakan segala aktiviti dakwah dan hari-hari kebesaran diperingkat Daerah dan Negeri khususnya dan di sekolah secara amnya akan terlaksana dengan jayanya.
      Sebelum ini kita semua maklum kekangan untuk menyimpan atau mengutip sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan seperti tiada kesudahan. Alhamdulillah, berkat dari usaha murni pihak-pihak berkenaan khususnya Bahagian Pendidikan Islam di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, semua kekangan yang ada dapat diatasi. Di awal tahun ini insyaAllah, satu mesyuarat akan diadakan. Ahli mesyuarat yang diwakili oleh Guru Pendidikan Islam dari semua sekolah di dalam daerah Hulu Selangor akan di panggil mesyuarat. Setiap wakil akan dilantik sebagai penyelaras PEKDIS disekolah masing-masing. Mudah-mudahan usaha dakwah Islamiah yang mula luntur akan kembali bersinar dan kerjasama semua warga sekolah amatlah diharapkan. Sekian Wassalam..

SALAM UKHUWAH DARI AJK PEKDIK HULU SELANGOR

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sehingga kini, kita masih boleh bersua dan tahun 2010 sudah sampai kepenghujungnya. Begitu juga tahun 1431 Hijrah yang akan berakhir dahulu tidak berapa lama lagi...
Kami sebagai ahli jawatankuasa PEKDIS Daerah Hulu Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Mudah-mudahan tahun yang mendatang akan memberikan kita pelbagai kenikmatan dan kerahmatan hendaknya.
Doa Akhir Tahun:
     "Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. "  Amin ya Rabbal Alamin....

Pautan Paparan Blog PEKDIS