Wednesday, February 21, 2018

BENGKEL MUZAKARAH HAKIM DAN URUS SETIA MTQSS DAERAH HULU SELANGOR 2018

PKG Kalumpang - 21 Februari 2018 : Satu bengkel muzakarah hakim dan juga  urus setia MTQSS rendah dan menengah peringkat Daerah Hulu Selangor telah dijalankan. Antara objektif utama perlaksanaannya adalah bagi membincangkan pelbagai skop berkaitan acara yang akan dipertandingkan, tatacara penghakiman, bidang tugas urus setia dan sebagainya. Muzakarah ini juga dianggap sebagai salah satu daripada proses persediaan dan persiapan untuk Pertandingan MTQSS 2018 peringkat Zon yang akan bermula pada  28 Februari 2018. Semoga MTQSS Daerah Hulu Selangor dapat dijalankan dengan baik dan lancar pada tahun ini.









Tuesday, February 13, 2018

BENGKEL MUZAKARAH HAKIM BERCERITA KISAH AL-QURAN MTQSS DAERAH HULU SELANGOR 2018

PKG Kalumpang, 2 Februari 2018 - Satu bengkel khas bagi Jurulatih Bercerita MTQSS Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor telah diadakan yang antara lain bertujuan bagi melatih dan memberi pendedahan kepada para Jurulatih Sekolah berkaitan teknik membina cerita mengikut format yang betul disamping Perkongsian ilmu dan pengalaman Jurulatih Daerah selaku Hakim Negeri. Semoga pasukan bercerita MTQSS Hulu Selangor akan lebih mantap. 







Sunday, February 11, 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PEKDIS DAERAH HULU SELANGOR 2018

SK Bukit Beruntung - 12 Februari 2018 :
Mesyuarat Jawatankuasa PEKDIS Daerah Hulu Selangor Bil 1/2018 telah mula dijalankan bagi membincangkan hala tuju dan perancangan aktiviti PEKDIS Daerah Hulu Selangor bagi Tahun 2018. Aktiviti Tahunan PEKDIS meliputi bidang Kurikulum, Dakwah dan Sukan. Semoga PEKDIS Hulu Selangor mencapai lebih banyak kecemerlangan pada tahun ini.


Pautan Paparan Blog PEKDIS