Tuesday, October 2, 2012

PERUBAHAN TARIKH LATIHAN PUSAT KEJOHANAN BOLA JARING PEKDIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Bola Jaring sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 13 Oktober 2012.

Latihan berkenaan akan dijalankan sebelum ini telah berubah kepada 4hb, 6hb, 11hb dan 12hb Oktober 2012 seperti Jadual pada Lampiran pada pautan di bawah.

Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.


No comments:

Post a Comment

Pautan Paparan Blog PEKDIS