Thursday, September 20, 2012

LATIHAN PUSAT BAGI PERSIAPAN SUKAN PEKDIS PERINGKAT NEGERI 2012



Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Futsal, Bola Jaring dan Badminton sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 13 Oktober 2012, sebagaimana butiran yang berikut :

Tarikh                                      :           22 September 2012 (Sabtu)
Masa pendaftaran                   :           8.30 pagi
            Tempat                                    :           Bola Futsal
Gelanggang kaki Futsal, Rasa
Tempat                                    :           Badminton
SJK C Khing Ming, KKB
            Tempat                                    :           Bola Jaring
Gelanggang Majlis Daerah Kuala Kubu Bharu

3.         Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti pautan lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

Tahniah, kepada yang terpilih, kepada yang tidak terpilih teruskan perjuangan anda. Semoga apa yang diusahakan akan diberikan keberkatan.


No comments:

Post a Comment

Pautan Paparan Blog PEKDIS