Wednesday, October 24, 2012

MESYUARAT PERANCANGAN KEJOHANAN SUKAN PEKDIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2013


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu mesyuarat seperti di atas pada ketentuan berikut:

Tarikh               :           1hb November 2012
Hari                  :           Khamis
Masa                :           8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat             :          Bilik Mesyuarat Sekolah Agama 
                                    Menengah Tinggi,
Kuala Kubu Bharu.
Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti lampiran surat pada pautan dibawah diminta untuk menghadiri mesyuarat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam melalui talian 03-6064 1881.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.


Thursday, October 18, 2012

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BADMINTON HULU SELANGOR

18 Oktober 2012, bertempat New Vision Sports, Lot 35062, Jalan Sungai Putus,Off Jalan Haji Sirat, Mukim Kapar, Klang. Kejohanan Sukan PEKDIS Negeri Selangor telah diadakan terbuka bagi permainan sukan Futsal, Bola Jaring dan Badminton. Sebanyak 10 daerah yang menyertai bersama 2 Kumpulan Peserta Sektor Pendidikan Islam (team A dan team B). Bagi penyertaan  PEKDIS Daerah Hulu Selangor kali ini, dari tiga permainan tersebut, Pasukan Badminton telah mendapat tempat ketiga setelah mara ke separuh akhir.  Daerah Klang mendapat tempat kedua dan Daerah Hulu Langat telah menjuarai pertandingan badminton tersebut.

...........Dari AJK Tertinggi PEKDIS Sektariat Daerah Hulu Selangor, pihak kami mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang telah mewakili daerah dan semua yang terlibat. Pihak kami juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pasukan Badminton yang telah meraihkan tempat ketiga. Di doakan semoga kejohanan yang akan datang memberikan peluang untuk pasukan PEKDIS Daerah Hulu Selangor mempamerkan mutu permainan yang lebih cemerlang lagi. 


Monday, October 15, 2012

MAKLUMAN LATIHAN DAN MESYUARAT PERSIAPAN SUKAN PEKDIS

Berikut dimaklumkan latihan pasukan Bola Jaring akan diadakan pada ketentuan berikut:


Tarikh             :           16 Oktober 2012
Hari                 :           Selasa
Masa               :           2.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat            :           Gelanggang Bola Jaring
Sekolah Agama Menengah Tinggi
Kuala Kubu Bharu


Berkenaan mesyuarat persiapan Sukan PEKDIS akan diadakan seperti berikut:


Tarikh             :           17 Oktober 2012
Hari                 :           Rabu
Masa               :           2.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat            :           Bilik Mesyurat PPD Hulu Selangor


Sila muat turun surat pada pautan berikut:

Friday, October 12, 2012

PERUBAHAN TARIKH BENGKEL PENGURUSAN KEJURULATIHAN AKTIVITI KO-KURIKULUM GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2012


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, merujuk surat kami : JPNS.UOD 100-2/2/9 ( ) bertarikh 10 September 2012 bersamaan 23 Syawal 1433H adalah dibatalkan.

2. Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan Bengkel Pengurusan Kejurulatihan Aktiviti Ko-Kurikulum Guru Pendidikan Islam tahun 2012. Sila muat turun Surat pada pautan di bawah.

3. Sehubungan itu, sektor ini memohon kerjasama tuan untuk memastikan pegawai dibawah tanggungjawab tuan (narna seperti lampiran) untuk hadir dan mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya. Butiran baru bengkel adalah seperti ketetapan berikut:

................................Tarikh : 18 Oktober 2011 (Khamis)
................................Tempat : New Vision Sports, Lot 35062, Jalan Sungai Putus,
...............................................Off Jalan Haji Sirat,
...............................................Mukim Kapar, Klang. 

................................GPS Coordinates : E:101' 25' 12.9" N: 3' 4' 35.0"
..............................................................016-3965570 / 012-9439056 
................................Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang

4. Sekiranya pihak tuan memerlukan makiumat Ianjut sila hubungi Ustaz Abduliah bin Hj. Ramli, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Kepimpinan di talian 03-5513 4268 / 019-2184910.

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

1. Surat

Wednesday, October 10, 2012

PERUBAHAN JADUAL LATIHAN FUTSAL DAN BADMINTON


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Futsal dan Badminton sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 18 Oktober 2012.

Latihan berkenaan akan dijalankan sebelum ini telah berubah kepada11hb dan 16hb Oktober 2012 seperti Jadual pada Lampiran pada pautan di bawah.

Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti surat lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.

Tuesday, October 2, 2012

PERUBAHAN TARIKH LATIHAN PUSAT KEJOHANAN BOLA JARING PEKDIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu latihan pusat Bola Jaring sebagai satu aktiviti Rehlah bagi persediaan pertandingan diperingkat Negeri pada 13 Oktober 2012.

Latihan berkenaan akan dijalankan sebelum ini telah berubah kepada 4hb, 6hb, 11hb dan 12hb Oktober 2012 seperti Jadual pada Lampiran pada pautan di bawah.

Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti lampiran diminta untuk menghadiri latihan pusat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam  melalui talian 03-6064 1881.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.


Pautan Paparan Blog PEKDIS