Wednesday, October 24, 2012

MESYUARAT PERANCANGAN KEJOHANAN SUKAN PEKDIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2013


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Sekretariat Daerah Hulu Selangor akan mengadakan satu mesyuarat seperti di atas pada ketentuan berikut:

Tarikh               :           1hb November 2012
Hari                  :           Khamis
Masa                :           8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat             :          Bilik Mesyuarat Sekolah Agama 
                                    Menengah Tinggi,
Kuala Kubu Bharu.
Sehubungan dengan itu, Guru Pendidikan Islam sekolah tuan seperti lampiran surat pada pautan dibawah diminta untuk menghadiri mesyuarat tersebut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam melalui talian 03-6064 1881.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Semoga dengan ianya akan memberi semangat dan rangsangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.


Thursday, October 18, 2012

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BADMINTON HULU SELANGOR

18 Oktober 2012, bertempat New Vision Sports, Lot 35062, Jalan Sungai Putus,Off Jalan Haji Sirat, Mukim Kapar, Klang. Kejohanan Sukan PEKDIS Negeri Selangor telah diadakan terbuka bagi permainan sukan Futsal, Bola Jaring dan Badminton. Sebanyak 10 daerah yang menyertai bersama 2 Kumpulan Peserta Sektor Pendidikan Islam (team A dan team B). Bagi penyertaan  PEKDIS Daerah Hulu Selangor kali ini, dari tiga permainan tersebut, Pasukan Badminton telah mendapat tempat ketiga setelah mara ke separuh akhir.  Daerah Klang mendapat tempat kedua dan Daerah Hulu Langat telah menjuarai pertandingan badminton tersebut.

...........Dari AJK Tertinggi PEKDIS Sektariat Daerah Hulu Selangor, pihak kami mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang telah mewakili daerah dan semua yang terlibat. Pihak kami juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pasukan Badminton yang telah meraihkan tempat ketiga. Di doakan semoga kejohanan yang akan datang memberikan peluang untuk pasukan PEKDIS Daerah Hulu Selangor mempamerkan mutu permainan yang lebih cemerlang lagi. 


Pautan Paparan Blog PEKDIS