Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sehingga kini, kita masih boleh bersua dan tahun 2010 sudah sampai kepenghujungnya. Begitu juga tahun 1431 Hijrah yang akan berakhir dahulu tidak berapa lama lagi...
Kami sebagai ahli jawatankuasa PEKDIS Daerah Hulu Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Mudah-mudahan tahun yang mendatang akan memberikan kita pelbagai kenikmatan dan kerahmatan hendaknya.
Doa Akhir Tahun:
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. " Amin ya Rabbal Alamin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pautan Paparan Blog PEKDIS
-
-
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PEKDIS PAHANG 2011 - Assalamualaikum... Sahabat GPI yang dirahmati Allah sekalian, suka saya maklumkan bahawa PEKDIS Pahang akan mengadakan Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Paha...13 years ago
-
Makluman Perpindahan Upikotatinggi.Blogspot.Com - *SILA LAYARI WEB BARU UNIT PENDIDIKAN ISLAM, PPD KOTA TINGGI DI ALAMAT SEPERTI DI BAWAH :* *http://upippdkt.webnode.com/ * segala kesulitan mohon dimaaf14 years ago
-
No comments:
Post a Comment