Wednesday, December 1, 2010

PENGUMUMAN PENTING BUAT GURU PENDIDIKAN ISLAM

       Assalamualaikum w.b.t.... Mulai Tahun 2011, Ahli Jawatankuasa PEKDIS Daerah Hulu Selangor akan merancang dan melaksanakan aktiviti dakwah Pendidikan Islam seperti MTQ dan majlis-majlis kebesaran Islam bagi tahun semasa. Sesuai dengan berfungsi sebagai badan dakwah, PEKDIS akan menerajui dan menggunakan peruntukan yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. InsyaAllah polemik yang selama ini menghantui pemikiran warga sekolah yang buntu untuk melaksanakan segala aktiviti dakwah dan hari-hari kebesaran diperingkat Daerah dan Negeri khususnya dan di sekolah secara amnya akan terlaksana dengan jayanya.
      Sebelum ini kita semua maklum kekangan untuk menyimpan atau mengutip sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan seperti tiada kesudahan. Alhamdulillah, berkat dari usaha murni pihak-pihak berkenaan khususnya Bahagian Pendidikan Islam di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, semua kekangan yang ada dapat diatasi. Di awal tahun ini insyaAllah, satu mesyuarat akan diadakan. Ahli mesyuarat yang diwakili oleh Guru Pendidikan Islam dari semua sekolah di dalam daerah Hulu Selangor akan di panggil mesyuarat. Setiap wakil akan dilantik sebagai penyelaras PEKDIS disekolah masing-masing. Mudah-mudahan usaha dakwah Islamiah yang mula luntur akan kembali bersinar dan kerjasama semua warga sekolah amatlah diharapkan. Sekian Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Pautan Paparan Blog PEKDIS