Friday, October 14, 2011

KEHADIRAN WACANA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH HULU SELANGOR 2011

Berikut adalah rujukan pautan kehadiran Guru Pendidikan Islam yang mengikuti Program Wacana Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor.
Tarikh : 1 Oktober 2011 (sabtu)
Tempat : Auditotium Darul Quran
Jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

1. KEHADIRAN WACANA GPI SEKOLAH MENENGAH

2. KEHADIRAN WACANA GPI SEKOLAH RENDAH

Sunday, October 2, 2011

Wacana Ilmu Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor

1 Oktober 2011 bersamaan 3 Zulkaedah 1432 H, bertempat di Auditorium Darul Quran, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan khas antara Ketua Sektor Pendidikan Islam bersama pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor dengan semua Guru Pendidikan Islam (GPI) di daerah Hulu Selangor.

Seramai 253 orang guru Pendidikan Islam menghadiri program tersebut. Perjumpaan ini menjadi satu forum bagi GPI untuk berbincang hal yang bersangkutan dengan Pendidikan Islam disamping maklumat-maklumat penting untuk makluman GPI. 

Program dipengerusikan oleh Ustaz Adli Ruzaimee B. Abdul Rahman. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shubki B Mohamad Zaini, kemudian disusuli oleh bacaan al-Quran oleh adik Mohd Safwan Bin Mahli, pelajar semester lima, Darul Quran dan untuk slot pada pagi itu di isi oleh ceramah khas oleh Dr. Mohd Ismail Mustari, Timbalan Pengarah Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia.

Program seterusnya di teruskan dengan ucapan aluan Tn. Hj. Abdul Khalid bin Hj. Jaafar, Pegawai pelajaran Daerah Hulu Selangor dan sebagai ucaptama disampaikan oleh Tn Hj. Mohd. Madzlan bin Mohd Apandi, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan GPI (Menengah)

Program di akhiri dengan sesi dialog dimana salah seorang peserta program, ustazah Marzilah Bt Abdul Malek, GPK Kokurikulum Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu menyuarakan rasa teruja untuk menghadiri program tersebut dan merasakan penting program ini untuk dihadiri oleh semua guru Pendidikan Islam di dalam Daerah Hulu Selangor.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan diharapkan ianya akan memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya kepada Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor.





 

Pautan Paparan Blog PEKDIS